Breaking News
Loading...
Wednesday, May 1, 2013

Info Post





Apakah harga petrol sekarang Rm 1.90 patut dikekalkan atau diturunkan kepada Rm1.50?  Sedangkan Malaysia adalah negara ke 8 termurah di dunia yang menjual harga petrol kepada rakyatnya.


Jika diturunkan kerajaan terpaksa menanggung lagi kos subsidi sebanyak 40sen seliter dan cuba bayangkan berapa banyak terpaksa ditanggung jika sehari sahaja berjuta liter digunakan oleh pengguna. Bagaimana pula sebulan atau setahun tentulah berbillion wang diperlukan untuk itu.

Jika anda menggunakan motorcycle mungkin anda perlu 2 liter minyak sehari untuk perjalanan biasa ketempat kerja dan kerajaan terpaksa bayar Rm 0.80 untuk anda, sebulan Rm 24.00 dan setahun Rm  288.00.

Jika anda menggunakan kereta kancil mungkin anda perlu 5 liter minyak sehari untuk perjalanan biasa ketempat kerja dan kerajaan terpaksa bayar Rm 2.00 untuk anda, sebulan Rm 60.00 dan setahun Rm  720.00.

Jika kereta waja ,wira dan yang setara mungkin perlukan minyak 10 liter sehari bermakna kerajaan tanggung Rm 4.00 sehari, sebulan Rm 120.00 dan setahun   Rm1440.00.

Orang kaya dan ahli perniagaan pula yang menggunakan kereta berkuasa tinggi 2000 cc keatas seperti Merc Bmw atau setaraf dengannya mungkin menggunakan banyak minyak 50 liter sehari atau lebih bermakna kerajaan kena tanggung sebanyak Rm20.00 sehari untuk mereka, sebulan Rm600.00 dan setahun Rm7,200.00 sedangkan BR1M hanya Rm500.00 sahaja setahun.


Bagaimana pula dengan orang yang tiada kenderaan. Mereka tak dapat apa-apa.

Jadi siapakah yang lebih untung jika harga minyak diturunkan kepada Rm150.00 seliter dan kerajaan terpaksa menanggung berbillion ringgit untuk itu sedangkan subsidi tidak dinikmati dengan menyeluruh oleh rakyat.

Apakata wang itu digunakan untuk memperluaskan lagi BR1M dari Rm3,000.00 pendapatan isi rumah yang layak kepada Rm 4,000.00

Ini hanya analisis dan pendapat penulis sahaja. Anda boleh bersetuju atau tidak.


1 comments: