Breaking News
Loading...
Tuesday, April 30, 2013

Info Post

Semasa ekonomi merosot pada tahun 1991 banyak penjual kereta terpakai muflis dan gulung tikar kerana harga kereta jatuh disebabkan pihak bank menurunkan kadar pinjaman dan susah untuk membuat pinjaman.

 
Pemilik kereta persendirian juga rugi jika hendak menjual kenderaan mereka disebabkan harga kereta menurun dengan drastik apatah lagi kereta tersebut masih dalam pembiayaan.

Katalah anda ada sebuah kereta yang dibeli dengan harga Rm 50,000.  Biasanya tiada orang membeli kereta dengan harga tunai kerana tidak mampu.  Oleh itu kita akan membuat pinjaman dari pihak bank untuk pembiayaan pembelian itu bergantung pada wang pendahuluan yang kita mampu.
Jika kita bayar muka Rm 10,000 bermakna kita hutang dengan bank sebanyak Rm 40,000.

Apabila harga kereta baru diturun dengan tergesa-gesa dan mendadak, bermakna kereta yang kita beli sebelum itu juga akan turut turun. Ini disebabkan kita tidak boleh lagi menjual kereta kita dengan harga semasa kita beli iaitu 50,000  kerana tidak ada orang yang ingin membelinya kerana harga kereta baru jauh lebih murah.

Kalau ikut pengalaman 1991 harga kereta anda tadi akan jatuh kepada 25,000 atau  kurang dari harga kereta baru.

Jadi nak pakai kereta baru yang diturunkan harga tadi  tak akan tercapai juga kerana anda terpaksa menjual kereta lama. Kalau anda jual dengan harga 25,000 anda tidak memperolehi apa2 dari jualan itu malah terpaksa membayar lagi pada bank sebanyak 15,000 jika anda masih berhutang.

Dimana anda akan mencari duit untuk membayar wang pendahuluan untuk kereta baru tersebut jika 15,000 telah pun dibayar pada bank.

Bayangkan jika penjual kereta terpakai yang mempunyai berpuluh kereta terpaksa menjual kereta mereka dibawah modal. Peniaga kereta bumiputera yang akan gulung tikar dahulu kerana kekurangan modal pusingan. Ini disebabkan kereta mereka masih lagi berhutang dengan bank. 

Ini hanya analisis dan pandangan pengarang sahaja berdasarkan pengalaman. Anda boleh bersetuju atau tidak.

  



2 comments:

  1. Saya setuju dengan analisis anda. Memang bernas...Juak PKR memang bodoh tentang nie semua..

    ReplyDelete
  2. Saya setuju hanya untung pada yang first time beli kereta........ yang dah ada kereta rugi sebab harga jatuh beli mahal jual murah

    ReplyDelete