Breaking News
Loading...
Monday, April 15, 2013

Info Post





Rakyat Diajak Bersama Najib Tolak Pembangkang Yang Hanya Pandai Tabur Janji

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin hari ini mengajak seluruh rakyat agar bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa rakyat secara keseluruhannya menuju negara maju dan ke arah yang lebih baik.

Menurut beliau perkara tersebut jelas terkandung di dalam ucapan dasar Datuk Seri Najib semalam yang memperlihatkan kesungguhan serta komitmen kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) hari ini.

"Ucapan dasar Datuk Seri Najib memang jelas ingin membawa rakyat untuk menuju negara maju dan lebih baik daripada hari ini dan ini bermakna rakyat tidak ada pilihan melainkan memilih BN dalam PRU akan datang.

"Dan ini jelas sebab UMNO dan BN telah menampakkan satu 'track record' yang baik sejak sebelum merdeka dan mengambil kemerdekaan serta pengisian kemerdekaan lebih 56 tahun.... bermakna UMNO dan BN telah benar-benar komited yang tinggi untuk membangunkan rakyat dan negara.

"Apa pun yang kita bicara serta bincang setiap hari adalah soal rakyat. Pemberian subsidi, soal pendidikan,subsisi kesihatan dan pelbagai yang lain semuanya untuk rakyat. Saya tidak nampak kenapa pengundi perlu tolak BN walapun pun mungkin terdapat kelemahan sedikit sebanyak, namun kita meletakkan rakyat di hadapan dan meletakkan kemakmuran ekonomi itu lebih tinggi dariapda segalanya," katanya dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah beliau beliau pemimpin pembangkang hanya sekadar tahu menjelajah seluruh negara yang hanya untuk menabur janji semata-mata.

"Cukup jelas pemimpin pembangkang berjalan...berjalan..berjalan..bercakap.­.bercakap..dan berjanji. Kita BN tidak melakukan sedemikian rupa. Kita melaksanakan janji kita. Justeru saya rasa rakyat tahu mana emas dan mana permata dan mana yang perlu dikekalkan dan mana yang perlu ditolak pada masa akan datang.

"Politik pada hari ni kita tidak lagi boleh terpesong dengan janji manis. BN dan UMNO telah perlihatkan komitmen ini daripada awal lagi...BN menterjemahkan segala janji kepada rakyat. Tidak nampak janji pembangkang akan mempengaruhi rakyat," katanya.

Bercakap dalam konteks Sabah pula, Datuk Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkeyakinan BN dapat mengekalkan rentak kecemerlangan pada pilihan raya umum nanti.

"Walaupun mungkin berhadapan dengan pilihan raya yang berbeda sebab ada antara anggota UMNO yang keluar, tetapi saya cukup yakin BN dapat kekalkan kemenangan yang besar pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana orang UMNO di sana berjuang untuk pembangunan di Sabah dan bukannya untuk kepentingan mana-mana individu," katanya. -MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment