Breaking News
Loading...
Monday, April 15, 2013

Info Post






Karisma Salah Satu Bukti Kerajaan Dengar Denyut Nadi Rakyat - Syed Ali

CHERAS, 14 April - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan yang ada sekarang ini adalalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak hanya tertumpu kepada satu kaum.

Ujarnya, setiap apa yang dirancangkan oleh kerajaan pasti akan melibatkan semua kaum sesuai dengan kempen yang dijalankan iaitu 1Malaysia.

Rakyat perlu lihat dan menilai apa yang telah kerajaan kita lakukan. Setiap apa yang dilakukan termasuk segala transformasi pasti melibatkan semua kaum malah kerajaan pasti menunaikan setiap apa yang dijanjikan. Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengutamakan rakyat.

Seperti contoh program bantuan 1Azam ini. Bantuan ini adalah bertujuan membantu mereka yang tidak berkemampuan agar boleh memperbaiki taraf kehidupan mereka. Fikirlah sejenak, apa lagi yang tidak kerajaan kita lakukan untuk rakyat?," ujarnya semasa berucap merasmikan Program Penyerahan Bantuan Karisma Parlimen Cheras di sini, hari ini.

Tambah beliau, tiada parti politik lain yang lebih bertanggungjawab seperti BN yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat. Pakatan pembangkang ujarnya hanya tahu berjanji tetapi tidak pandai menunaikannya dan kerana itulah mereka mengatakan bahawa manifesto bukan janji.

Jika manifesto bukan janji, maka apa kita nak panggil? Saya amat berharap agar para pengundi di parlimen ini tidak tersalah pilih semasa mengundi pada 5 Mei nanti kerana sekiranya tersilap maka negara dan rakyat akan menanggung akibatnya.

Sebagai pengundi, saya minta rakyat agar membuka mata, berfikir dan menilai usaha keras kerajaan selama ini. Disebabkan kepekaan rakyat terhadap rakyatlah maka tertubuhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya.

Oleh itu, jangan salah pilih. Jika sudah salah pilih maka amat susah untuk kita berpatah balik, jelasnya lagi. - MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment