Breaking News
Loading...
Wednesday, April 17, 2013

Info Post


Jacob & Co menafikan dan menyangkal tuduhan mengenai sebentuk cincin kontroversi berharga USD8 juta (RM24 juta) yang didakwa telah dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada bulan Mei tahun 2011.

Dalam satu temubual eksklusif yang disiarkan melalui laman web Malaysia Today, pengarah bagi Barang Kemas Halus Jacob & Co, Philip Nassimi memberitahu cincin kontroversi itu telah kembali ke premis tersebut pada 13 Mei 2011. Philip turut menerangkan prosedur dan dokumen-dokumen sah berkaitan perjalanan cincin yang menjadi kontoversi tersebut dibawa ke Malaysia pada 15 April 2011 kembali ke Jacob & Co, New York pada 13 Mei 2011.

Cincin 11 karat yang dikenali sebagai Natural Fancy Blue Grey Cushion Diamond, yang dinilaikan pada harga USD8 juta (RM24 juta) telah dibawa ke Malaysia melalui agen perkapalan MAICA-AMIT USA LLC yang berpengkalan di New York. Beliau menjelaskan cincin tersebut telah dibawa ke Malaysia pada 14 April 2011 bagi tujuan pertunjukan dan pemeriksaan, bukan untuk dijual, melalui House Airway Bill 1488134 dengan nama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penerima.


Philip turut memberitahu rasional meletakkan nama isteri Perdana Menteri adalah sebagai prosedur utama barangan kemas bernilai tinggi itu perlu diletakkan dibawah nama warganegara Malaysia dan tidak kepada warga asing. Cincin kontroversi tersebut kemudiannya dibawa ke Singapura pada 20 April 2011 melalui agen perkapalan yang sama sebelum kembali ke premis Jacob & Co di New York pada 13 Mei 2011.

Dalam temubual tersebut, beliau juga menunjukkan dokumen 'Pengisytiharan Untuk Entri Percuma Pengembalian Produk Amerika' yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kastam AS dan Perlindungan sempadan, menunjukkan cincin kontroversi tersebut telah kembali ke Amerika Syarikat.

Philip juga memberitahu cincin tersebut telah pun dijual kepada salah seorang pelanggan Jacob & Co bulan Jun 2012, namun tidak memberitahu nama pemiliknya atas sebab keselamatan dan kerahsiaan peribadi pelanggan-pelanggan utama.- KL POS-

0 comments:

Post a Comment